"Menangislah, kerana manusia terlalu sombong untuk menangis,hidup ini tak selalu diliputi dan diselubungi kebahagian,
lalu untuk apa air mata telah dicipta,
bukan hanya bahagia ada didunia"
(Firdaus-Menangislah dibahuku)
tatkala melayari bahtera kehidupan,
taufan kesedihan melanda,
segagah mana pun insan itu,
pasti terdetik rasa sedih dan sayu dihati,
janganlah malu untuk menitiskan airmata,
kerna rasa sedih adalah fitrah manusia,
menangislah sepuas-puasnya,
alirkanlah kesedihan dan kesengsaraan dihati bersama airmata yang mengalir,
moga hati lebih tenang dan diri akan kembali gagah berdiri dan melangkah,
pabila kita melihat insan lain menangis kerna kesedihan,
janganlah dirinya dipersenda,
tiupkan seruling semangat buat dirinya,
talunkan padanya irama kekuatan,
jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran,
jika kesedihan kembali bertamu dihati,
hati tak mampu melayaninya,
menangislah, menangislah, menangislah,
kerna ia adalah kepuasan dan juga penawar yang baik.
p/s: mungkin kita patut menangisi Ramadhan yang bakal meninggalkan kita
3 comments:
Beku air mata kerana kerasnya hati,
Kerasnya hati kerana banyaknya dosa,
Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan,
Panjangnya angan-angan kerana banyaknya amalan yg sia2.
kita perlu menangis.
airmata- penawar duka
airmata- pembersih jiwa
airmata- penenang hati yang lara
airmata- menyedarkan hati yg tidak pernah berterima kasih pada Tuhannya.
p/s: usah diratap ramadhan yg akan pergi, tapi tanamkan di hati utk memperbaiki diri, andai berkesempatan utk bertemu ramadhan sekali lagi, insha-allah~~
"manusia terlalu sombong utk menangis"
betol3..
hmm..
nilaikanlah diri kite akan segala yg telah kite lakukan dibln ramadhan ini..ibadah2 yg kite lakukan.cukup??NEVER SAY ENOUGH.
p/s:andai kite benar menghayati bln ramadhan,sempena mlm2 terakhir ramadhan ini,perbanyakkan, perhebatkan ibadah kite.. mengejar kebahagiaan dunia sama pentingnya dgn mengejar kebahagiaan akhirat.
blogger is azmin?
Post a Comment