Thursday, August 30, 2007


31 Ogos 2007,
Tarikh keramat,
Alhamdulillah, negaraku yang tercinta kini telah bebas merdeka selama setengah abad,
Pelbagai kejayaan telah dikecapi,
pelbagai rekod yang ditempa oleh anak bangsa,
pelagai cara telah dilakukan rakyat dalam memanifestasikan perasaan di hati,
pelbagai acara diadakan, bagi menyambut kehadiran hari yang membawa seribu makna ini,
"Malaysiaku Gemilang" temanya,
sungguh indah serta cukup bermakna jika dihayati sepenuhnya,
bangga dihati tidak terkira,
TETAPI
adakah pengisian erti merdeka itu sampai ke lubuk hati setiap rakyat?
terutamanya yang muda, pewaris negara?
merdekakah kita tatkala generasi muda terkinja-kinja kala mengira detik pukul 12 31Ogos?
merdekakah kita pabila tamat acara sambutan, kondom bersepah di serata padang?
merdekakah kita dengan konsert dari petang hingga ke pagi buta?
merdekakah kita dengan bingitan motosikal serta aksi 'akrobatiknya'membawa bendera negara?
adakah ini cara kita menyambut hari yang menjadi titik tolak perubahan negara?
adakah cara ini akan menjadikan kita gemilang seperti temanya?
sesungguhnya menyambut merdeka bukanlah dari cara kita menyambutnya,
tetapi erti merdeka perlu disemat dihati,
fahami erti merdeka yang sebenar,
kenang kesusahan dalam usaha mencapai kemerdekaan,
bersihkan fikiran dan minda,
teruskan usaha memartabatkan bangsa,
teruskan usaha tanpa mengenal erti lelah dan putus asa,
berikanlah sepenuhnya komitmen pada setiap bidang yang diceburi,
pelajar, pekerja, mahupun pemimpin,
kerna sesungguhnya mengisi dan mengekalkan kemerdekaan
menuntut sesuatu yang cukup besar,
agar jerih paya pemimpin terdahulu tidak disia-sia,
tiada guna kita merdeka seratus tahun pun,
jika minda kita masih dijajah,
jika bangsa kita masih tak berubah,
ayuh Malaysian!
isilah kemerdekaan ini dengan caranya,
bukan mengikut suka hati kita

2 comments:

Anonymous said...

sbnrnya...punca bnda2 ni jd drpd golongan yg meneraju negara kita.bkn nak merendahkan mereka ttpi adalah hakikat.. mmg lah masyarakat kita majmuk berbilang bgsa..tp knp bgsa2 lain tak mcmtu? stiap kali merdeka, pelbgai jnis konsert d anjurkan.. mengapa bnda2 mcmni lebih d pertekankan???tak de ke cara2 lain utk d lakukan???ank2 muda tidak akn berlaku bgitu, jika cara menyambut kemerdekaan d semai dgn btol...
ank muda skrg hnya tau sapa bapa kemerdekaan... tetapi, taukah mereka bgaimana keperitannya.. mula nya?? sy percaya dlm 10 org muda mudi yg d tnya, mybe seorg ataupun tak seorg tau apa yang berlaku pada dasarnya...


bagaimana kita nak mengubah
mentality ank melayu kita???

bagaimana mereka hendak bgn jika dr kecil mereka telah terdedah dgn meraikan kemerdekaan bgini??

nimza said...

justeru pada kita yang tahu apa makna sebenar merdeka perlu ingatkan yang lain, sampaikan pada semua, waima ada yang mengatakannya kolot, mentaliti boleh diubah, perlu ada usaha yang berterusan.

yang pasti perjuangan membawa ombak reformasi kebaikan bukan benda yang mudah. usaha perlu terus, yakin diri