Thursday, November 29, 2007

something to think about


"There comes a point in your life when you realize who matter, who never did, who won't anymore and who always will, so don't worry about people from past,there's a reason why they didn't make it into your future"
(from my frenz ym; no idea where it really from)

this quote has very deep meaning, take your time to think about this, when u understand the real meaning behind this u will be happier and more motivated. In fact that's life!

Thursday, October 4, 2007

perlukah menangis?


"Menangislah, kerana manusia terlalu sombong untuk menangis,
lalu untuk apa air mata telah dicipta,
bukan hanya bahagia ada didunia"
(Firdaus-Menangislah dibahuku)
hidup ini tak selalu diliputi dan diselubungi kebahagian,
tatkala melayari bahtera kehidupan,
taufan kesedihan melanda,
segagah mana pun insan itu,
pasti terdetik rasa sedih dan sayu dihati,
janganlah malu untuk menitiskan airmata,
kerna rasa sedih adalah fitrah manusia,
menangislah sepuas-puasnya,
alirkanlah kesedihan dan kesengsaraan dihati bersama airmata yang mengalir,
moga hati lebih tenang dan diri akan kembali gagah berdiri dan melangkah,
pabila kita melihat insan lain menangis kerna kesedihan,
janganlah dirinya dipersenda,
tiupkan seruling semangat buat dirinya,
talunkan padanya irama kekuatan,
jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran,
jika kesedihan kembali bertamu dihati,
hati tak mampu melayaninya,
menangislah, menangislah, menangislah,
kerna ia adalah kepuasan dan juga penawar yang baik.

p/s: mungkin kita patut menangisi Ramadhan yang bakal meninggalkan kita

Friday, September 28, 2007

Ramadhan yang mulia, jangan pergi............



"All acts done by the sons of Adam are meant for him, except fasting. It is exclusively meant for Me, and I (alone) will reward him for it"
(Bukhari and Muslim)


Ramadhan, bulan mulia telah pun melebihi pertengahan jalan,
Penghujungnya makin hampir tiba,
Tatkala lagu-lagu raya rancak berkumandang,
Marilah berfikir sejenak,
Kala bulan yang mulia ini,
Adakah peluang yang terhidang telah direbut?
Ataupun hanya sekadar memenuhi rutin tahunan menahan lapar dan dahaga?
Hadith di atas membuktikan yang kemuliaan ibadat bulan ini,
Bulan yang dipenuhi rahmat, nikmat dan keampunan,
Syaitan dirantai, pintu-pintu syurga dibuka,

Dari Abu Hurairah ra, bersabda Rasulullah SAW: "Bila Ramadhan bermula, pintu-pintu syurga dibuka"(Al-Bukhari)

Abu Hurairah (raa) relates the Messenger of Allah (saas) said when one Ramadan came:
"A blessed month has arrived. Observing it in fasting is mandated on you (the believers). During this month, the gates of Paradise will be opened and the gates of Hellfire will be closed. The evil ones (Shayaatin) will be handcuffed. In it there is one night, during which worship is better than worship in a thousand months. Whoever is denied its blessings has been denied the biggest blessing."
(Ahmed, Nasaae, and Bayhaqi)



Sungguh besar rahmat yang dikurniakan Al-Khalik
Maka janganlah kita melepaskan peluang keemasan ini,

Kerna peluang ini hanya datang setahun sekali,
Pertingkatkan amal, ibadat,
Basahkan bibir dengan zikir dan tahmid,
Bangunlah mendirikan solat malam,
Ganjaran yang menanti cukup besar,
Sepuluh malam terakhir bakal tiba,
Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Yakni Lailatul-qadar,
Angkatlah tangan menadah doa pada Ar-Rahman,
Moga-moga hajat dikabulkan,
Elakkan diri terlalu taksub dengan persiapan Eidulfitri hingga melepaskan detik yang mulia ini,
Sesungguhnya tiada kepastian mahupun jaminan Ramadhan yang seterusnya akan ditemui,







Saturday, September 15, 2007

"Kalau kamu dah suka seseorang tu,
takkan kamu nak bunuh diri
lemaskan kepala kamu dalam sungai??
Patut kalau ada orang kata i suka la dekat you,
kamu kena kata terima kasih…
Perkara yg melibatkan perasaan,
Islam tak paksa.
Kita tak boleh halang orang dari jatuh cinta.
Benda tu fitrah. Normal.
Sebab tu jugalah kita tak boleh paksa orang masuk Islam.
Islam melibatkan aqidah dan kepercayaan.
Kalau dipaksa, maka akan wujudlah golongan munafiq.
Begitu juga cinta. Kita tak berdosa hanya kerana jatuh cinta.
Yang Islam larang adalah bermain cinta.”
(Dr Asri Zainul Abidin).

Thursday, September 13, 2007



"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya"

Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995

digelar 'Suara Dunia Ketiga' kerana kelantangan beliau bersuara di persada antarabangsa,
kata-kata yang menarik,
pendek kata, ia patut dipegang oleh setiap individu yang mahukan kejayaan,
rasionalnya kejayaan takkan datang tanpa sebarang pengorbanan,
risiko dan cabaran adalah perkara biasa dalam meniti jalan ke puncak,
jadi pabila kita sanggup menghadapi setiap dugaan dan risiko yang tidak ada ketentuannya,
diringini dengan sikap berani yang tulen, yakni pada tika dan tempat yang betul,
pasti kejayaan akan dikecapi,
tetapi yang pasti usaha mencapai kejayaan bukan usaha seminit dua mahupun setahun dua,
tiada kepastian yang mampu dizahirkan untuk menentukan masa kejayaan,
pahitnya perjuangan pasti dirasa,
teruskan usaha, sematkan keberanian dalam hati, berpantang mengalah,
pasti manisnya kejayaan bakal menyinsing dan menghapuskan pahit kegagalan



Thursday, August 30, 2007


31 Ogos 2007,
Tarikh keramat,
Alhamdulillah, negaraku yang tercinta kini telah bebas merdeka selama setengah abad,
Pelbagai kejayaan telah dikecapi,
pelbagai rekod yang ditempa oleh anak bangsa,
pelagai cara telah dilakukan rakyat dalam memanifestasikan perasaan di hati,
pelbagai acara diadakan, bagi menyambut kehadiran hari yang membawa seribu makna ini,
"Malaysiaku Gemilang" temanya,
sungguh indah serta cukup bermakna jika dihayati sepenuhnya,
bangga dihati tidak terkira,
TETAPI
adakah pengisian erti merdeka itu sampai ke lubuk hati setiap rakyat?
terutamanya yang muda, pewaris negara?
merdekakah kita tatkala generasi muda terkinja-kinja kala mengira detik pukul 12 31Ogos?
merdekakah kita pabila tamat acara sambutan, kondom bersepah di serata padang?
merdekakah kita dengan konsert dari petang hingga ke pagi buta?
merdekakah kita dengan bingitan motosikal serta aksi 'akrobatiknya'membawa bendera negara?
adakah ini cara kita menyambut hari yang menjadi titik tolak perubahan negara?
adakah cara ini akan menjadikan kita gemilang seperti temanya?
sesungguhnya menyambut merdeka bukanlah dari cara kita menyambutnya,
tetapi erti merdeka perlu disemat dihati,
fahami erti merdeka yang sebenar,
kenang kesusahan dalam usaha mencapai kemerdekaan,
bersihkan fikiran dan minda,
teruskan usaha memartabatkan bangsa,
teruskan usaha tanpa mengenal erti lelah dan putus asa,
berikanlah sepenuhnya komitmen pada setiap bidang yang diceburi,
pelajar, pekerja, mahupun pemimpin,
kerna sesungguhnya mengisi dan mengekalkan kemerdekaan
menuntut sesuatu yang cukup besar,
agar jerih paya pemimpin terdahulu tidak disia-sia,
tiada guna kita merdeka seratus tahun pun,
jika minda kita masih dijajah,
jika bangsa kita masih tak berubah,
ayuh Malaysian!
isilah kemerdekaan ini dengan caranya,
bukan mengikut suka hati kita

Thursday, August 16, 2007


Focus on the front windscreen, not the rear mirror
-colin powell-



Satu frasa yang menarik dan patut kita fikirkan. Jika dibaca sekali ia hanya panduan kepada pemandu-pemandu. Tetapi sebenarnya kita boleh ambil frasa ini sebagai panduan kita dalam menjalani hidup yang sungguh mencabar ini. Dalam kata yang mudah, kita patut fokus pada apa yang bakal datang di hadapan, bukannya memandang masa lampau.

Tatkala kita menempuh liku-liku kehidupan, pelbagai situasi bakal kita hadapi, sedih, gembira,kecewa. Tetapi yang pasti hidup mesti terus. Lihatlah ke depan, fokus padanya. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sesekali pandang ke belakang agar kesilapan lalu tidak diulangi. Percaya pada diri, terus melangkah hingga ke hujung perjalanan.